Thursday, August 12, 2010

Jangan dibuat begitu pada bayi itu


Usai solat maghrib,saya mengambil masa berehat sebentar sementara menunggu isya' dan terawih.Tiba-tiba saya terdengar tangisan budak kecil.

Rupa-rupanya bunyi itu datang dari rumah jiran hadapan rumah saya.Seorang adik kecil (mungkin dalam umur 2 tahun) sedang menangis di hadapan pintu rumah dengan raungan yang kuat.Dan pintu rumah itu tertutup rapat.

Kemudian datang budak lelaki lain dari rumah sebelah datang menjengah ke dalam rumah itu,Seterusnya berlalu.Tapi adik kecil yang masih tidak mengerti apa-apa itu ditinggalkan menangis begitu sahaja tanpa dipedulikan.

Saya tidak faham bagaimana ibu bapa dia mendidiknya.Mungkin berniat mendidik dalam tidak sedar sedang mendera anak sendiri.Hati saya tidak tahan,saya rasa tersentuh.

Ada ibu bapa tidak sedar,mereka sedang menyediakan jiwa-jiwa anak mereka untuk memberontak pada masa hadapan.Mereka sedang men'cipta' seorang yang tidak stabil jiwa dan emosinya.

Malah mungkin didikan mereka itu adalah untuk melahirkan seorang
 
Pembunuh?  
Perogol?  
Penagih dadah?

Ibu bapa,didiklah anak kalian sebaik-baiknya.Jadikan agama sebagai asas kebahagiaan keluarga.Jangan rosakkan masyarakat pada masa akan datang.

JANGAN DiSeKs@ jiw@ adik kecil itu.


mama..abah..didikku dengan agama Islam yer..peace..



Bagaimana Pahala Puasa Saya Kurus??

"Anakku,kalau tidak ada keperluan sangat,tidak perlulah dirimu pergi ke bazar ramadhan.Kelak pahala puasamu akan kurus"

Pesan guru padaku sebelum menjelang Ramadhan.Betulkah apa yang guru kata?

Hari ini saya membenarkan kata-kata guru.Memang kurus sungguh 'duit' puasaku.

Tidak ada tamar di rumah kita untuk iftar nanti yer.Maka jomlah saya dan ahli rumah ke bazar ramadhan untuk mencari tamar dan juadah berbuka.

Pelbagai jenis manusia ada di sana.Dengan pelbagai pakaian dan pendedahan aurat.Adoi..
Ramainya ummat manusia di bazar pada hari 1 Ramadhan, sesak seperti manusia berebut ketika melontar jamrah.Hehe.

Memang suasana di situ sungguh menguruskan pahala.Bukan mudah menjaga mata ini.Nak berjalan dongak ke langit,lagi teruk akan berlaku kan,Maka tabahkanlah sahaja berjalan sambil istighfar.

Ternampaklah saya akan 2 orang manusia yang saya keliru dalam menentukan jantinanya.Haha..setelah lama melihat,saya kata kaum perempuanlah mereka.

Ketika berselisih dengan saya,ada orang menarik rambutnya dan dia dengan secara tak sengaja berkata

"Sape tarik rambut aku".(baca dengan suara garau lelaki)

Haha..lelaki rupanya..setelah itu dia mengulangi sekali lagi

"Siapa tarik rambut I".(baca dalam nada lembut umpama wanita).Hahaha..

Astaghfirullah..pelbagai ragam masalah ummat Islam di akhir zaman ini.Puasa juga mereka barangkali.

Apa pun,saya tidak berminat lagi untuk ke bazar.Selagi boleh elak,maka elakkanlah.

Kepada kaum hawa,jagalah pakaianmu,jangan menjadi GANGGUAN SEKSUAL kepada kaum kami.Jadikan Ramadhan ini agen perubahan.

Ramadhan Kareem..

Jom Iftar...salah satu nikmat bagi orang yang berpuasa adalah ketika menikmati iftar..

Wednesday, August 11, 2010

H@tI iNi S@Yu..


Hati ini sayu...

Sayu yang teramat sangat...

Takkan boleh dibohongi rasa hati..

Ya Allah,,ampunkan daku..


Monday, August 9, 2010

Bersama Syeikh Nuruddin


Subhanallah.Suci sungguh rupa dan wajah beliau.Melihat wajahnya yang tenang itu pun sudah cukup menenangkan jiwa dan hati ini.Itulah kurniaan Allah kepada ulama dan hambanya yang bertaqwa,cahaya keimanan itu terserlah.

Itu ketika pertama kali saya bertemu dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari,antara ulama’ nusantara pada zaman ini.

Kuliahnya pada malam itu adalah berkenaan ISTIQBAL RAMADHAN.Bagaimana persediaan bertemu dengan  tetamu agung kurniaan Allah Ta’ala kepada kita ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Berapa lamakah kita membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara?
Mungkin 3 bulan atau lebih lagi persediaan yang telah disusun rapi.
Namun,apakah pula persediaan kita untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem??
Ramadhan adalah bulan pada awalnya rahmat,pada pertengahannya pengampunan dari Allah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Mana yang lebih mulia,merdeka kita dari penjajahan negara di dunia ini atau kita mahu merdeka kita dari azab api neraka Allah di akhirat kelak??
Ya Allah,aku rindukan Ramadhan.
Izinkan aku bertemu dengan Ramadhan
Berilah peluang padaku untukku beramal di bulan yang mulia ini.




Sunday, August 8, 2010

Melayu Bersatu??

Melayu perlu bersatu..

untuk apa Melayu bersatu?

Bersatu kerana Islam..

Semalam saya telah menyaksikan bagaimana orang Islam bersatu.
Mereka telah bersatu bergotong royong membuat jamuan di surau sempena gotong royong membersihkan surau.

Bagus betul masyarakat di taman ini.Sikap kejiranan di antara mereka kekal utuh.Semangat kerjasama dan bantu membantu di antara jiran tetangga.

Mungkin ini boleh menjadi asas kepada perpaduan Melayu (kerana Allah dan demi Islam)..hehe..




Monday, August 2, 2010

jujurkah Kita??


---Pagi itu saya ke pasar,mencari sedikit barangan.Saya terlihat seorang pak cik sedang menjual beberapa buah cempedak.Saya berasa mahu memakan cempedak pada hari itu.

Saya tidak mengenali pak cik tua itu dan dia juga tidak mengenali saya walaupun saya ini pemimpin masyarakat setempat.Saya bertanyakan berapakah harga cempedak yang dijualnya.Dia dengan lembut memberitahu harga dan juga berkata:

"Haji,sebelum haji beli cempedak ini,pak cik nak bagitau cempedak yang pak cik jual ini tidaklah manis sangat sebenarnya.Cubalah rasa dulu sebelum membeli"

Saya terdiam sebentar dan terdetik di hati saya.Alangkah jujurnya pak cik tua ini.Apakah untungnya dia memberitahu saya tentang kecacatan buah cempedaknya.

Namun atas dasar kejujuran seorang insan,itulah sifat pak cik itu.Kalau begini jujurnya seorang rakyat,dua biji pun saya mahu beli.Bukan kerana manis atau tidak buah itu,tetapi atas dasar manis dan lazatnya nikmat kejujuran sesama  manusia.---


~Ini adalah kisah benar dari Ustaz Hashim yang saya ubah sedikit jalan ceritanya.~



Inilah nilai sebuah kejujuran dalam kehidupan.Seorang rakyat yang sangat jujur walaupun pada perkara yang kecil. 

Jika pada perkara yang kecil kita tidak boleh bersikap jujur,mana mungkin boleh JUJUR pada perkara yang besar dan serius.


Tetapi hari ini,berapa ramaikah yang mampu mengekalkan sifat jujur sebagaimana pak cik tadi??
Sedih membaca surat khabar,seorang bekas menteri dituduh menipu jemaah menteri sebanyak lebih 1 billion.
Memang begitu teruk manusia itu jika benar dakwaan padanya.

Namun terfikir di benak ini,begitu mudahkah para menteri ditipu??

Saya pelik dan hairan..

Hancurnya sesebuah negara apabila pemimpinnya tidak jujur dan amanah.

Di manakah nilai kejujuran seorang pemimpin negara??

Jujurkah kita sebagai pemimpin??

Jujurkah kita sebagai rakyat??
Jujurkah kita pada ibu bapa??
 
JUJURKAH KITA PADA ALLAH??


Tuesday, July 20, 2010

Dalam Bas pun Boleh Lah..


ROBOCON 

Selesai sudah pertandingan ROBOCON 2010 di UKM.Maka kami pun pulanglah kembali ke negeri Perlis dengan bas universiti yang lawa itu.

Duduk bersebelahan dengan sahabat saya yang dipanggil Mamat Korea itu.
(Hehe..Oleh kerana rambutnya yang macam orang Korea barangkali)

Hampir sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis itu saya bersembang pelbagai topik dengan dia.

Paling banyak sembang tentulah tentang robocon yang baru kami laui.Pelbagai pengalaman menarik,manis dan pahit dilalui..bergelak tawalah kami bila mengenang kembali.



TADABBUR

Yang saya kagum apabila dia membicarakan tentang perlunya kita kaitkan dengan Islam di atas apa sahaja yang kita buat.

Katanya,bila membuat robot yang ada tangan dan roda itu,terfikir terhadnya kerja yang boleh dilakukan oleh robot itu.Hanya dapat bergerak depan dan belakang menggunakan roda dan beberapa fungsi sahaja.

Malah segala gerak kerjanya bergantung kepada bateri dan kawalan manusia.

ROBOTKAH KITA?

Akan tetapi bila difikir kembali,betapa Agungnya Allah,menciptakan manusia tanpa bateri yang perlu dicas dan ditukar.Cuma manusia diberi peluang nyawa sekali setiap orang.Tiada yang diberi peluang kedua untuk bernyawa.

Manusia juga tidak dikawal seperti mana sang robot.Manusia diberi pilihan untuk melakukan apa perkara.Namun perlu diingat,apa yang dikerjakan akan diTUAI di Akhirat nanti.

Insan juga merupakan sebaik-baik makhluq yang Allah ciptakan dengan pelbagai fungsi dan aqal kebijaksanaan.Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

"Itulah yang dapat aku tadabburkan daripada robocon",kawan Korea saya mengakhiri ayatnya.

Saya terkesima dan terdiam.Betapa saya langsung tidak kaitkan robocon yang kami sertai dengan kebesaran Allah Taala.

Saya lupa dan lalai.Kurang berzikir dan mengingati Maha Pencipta dalam menjalani kehidupan dan gerak kerja.Terima kasih sahabat Korea saya atas pesanan kamu.

Itulah kisah usrah saya di dalam bas.Usrah itu boleh saja di mana-mana.Terima kasih sahabatku.