Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, April 21, 2015

Manusia Luar Biasa

ءانا لله وءانا ءاليه راجعون

Kembali sudah ibu saudaraku ke pangkuan Allah Taala. Hari Khamis malam Jumaat, tepat jam 9.40 malam, 9/4/2015. Ibu saudaraku ini istimewa. 

Nama beliau Fatimah. Kami anak saudaranya memanggilnya sebagai Mak Cik Yam. Mak Cik Yam tidak berkahwin, jadi kami anak-anak saudara beliaulah yang menjadi seperti anak-anaknya sendiri. Mak Cik Yam tinggal bersama dengan arwah nenek (kami panggil Mak) dan datuk (kami panggil Tok Ayah) saya. Sebelah rumah atuk dan nenek ada PASTI Al-Arsyadi. Seingat saya, di situlah saya, adik beradik saya dan sepupu saya bersekolah tadika. Sebelum pergi kelas, kami duduk dan bersarapan di rumah atuk. Selepas habis kelas, di situ juga kami menetap. 

Selain Mak dan Tok Ayah, dengan Mak Cik Yam lah kami membesar dan bermanja. Ada beberapa perkara yang saya sangat kagum dengan arwah Mak Cik Yam.

1. Mak Cik Yam seorang anak yang sangat baik. Mak Cik Yam menjaga arwah Mak dan Tok Ayah sepanjang usia emas mereka. Sepanjang arwah Mak sakit pun, Mak Cik Yamlah yang menjaga sepanjang masa.

2. Ibu saudara yang sangat baik. Kami dijaga seperti anaknya sendiri. Kami membesar dengan air tangannya juga. Kami dilayan dan dijaga dengan penuh kasih sayang.

Kali terakhir saya berbicara dengan Mak Cik Yam pada tengah hari Selasa. Sempat menyuap air kepada beliau. Kemudian, malam itu Mak Cik Yam terus tidak sedarkan diri. Rabu malam, saya menemani Mak Cik Yam di hospital. Merenung wajah tua yang banyak berjasa ini membuat saya berada sayu. Akhirnya, tibalah masa Allah menjemput beliau pada Khamis malam Jumaat. 

InsyaAllah kami mendoakan kesejahteraan Mak Cik Yam di alam sana. Moga Allah rahmatimu Mak Cik Yam. Kami menyaksikan kebaikanmu di dunia ini. 


Wednesday, September 24, 2014

UNTUK ANAK YANG BER 'AYAH'

"Selamat ulang tahun kelahiran pak cik."

Ucap saya pada pak cik itu. Beliau senyum dan menjawab.

"Terima kasih atas ingatan Saiful. Bila sampai umur ini, gigi dah mula kurang. Deria bau semakin kurang. Pak cik berdoa kalau boleh biar pak cik pergi dengan mengejut tanpa menyusahkan keluarga."

Saya terdiam membisu.

Beberapa tahun lalu pun ayat ini yang pak cik ini tuturkan pada saya.

"Pak cik letih sikit.Bila umur bertambah, makin dekat dengan garisan penamat. Semoga kembali nanti tak menyusahkan anak-anak pak cik"

Saya yakin, pak cik itu tidak pernah sebut sebegitu pada anak-anaknya. Mungkin dia hanya berkongsi dengan saya sebagai orang luar. Itulah kasih sayang seorang ayah, jarang dizahirkan namun mendalam rasanya.

Begitu juga ayahanda saya. Setiap kali pulang ke rumah, abah suka bercerita dan bertanya isu-isu semasa. Kemudian akan dikaitkan dengan sejarah hidupnya, pengalamannya dan nasihat buat anak yang mentah ini.

Dan bila saya mahu pergi, soalan yang biasa akan ditanya, "Bila pula nak pulang ni?"

Saya cuba tidak menjawab soalan itu dengan kata-kata, tetapi berusaha untuk selalu pulang selepas ini walaupun sekejap.

Saya terhidu bau sebuah kerinduan dalam soalan abah itu.

Teman-teman, pulanglah menjenguk ayah bonda. Mereka rindukan kita. Ummi selalu pesan,

"Jika kamu rasa sayang sangat pada anak kamu, tak mahu berpisah dan berjauhan dengan anak-anakmu, maka begitulah juga apa yang kami rasa. Kerana kamu itu anak kami"

Pulanglah duhai anak...


Di Masjid Nabawi


-Saya selalu layan lagu BIAR oleh Kak Fynn Jamal. Sangat menyentuh hati saya-


Mata tua yang memandang aku itu
Bundar...
Pudar...

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
Biar..
Katanya biar..
Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur
Dan ujar apa menyerabut..

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu...

Mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu
Harum..
Senyum...
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
Biar...
Katanya biar...

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi..

Apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Apa mampu kau sudikan 
Ampun maafku sujudkan
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan

Apa layak aku bagi
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Ayahanda beta..
Kekasih beta..

http://www.youtube.com/watch?v=-MiM19N_dqQ

Sunday, May 8, 2011

Kembali pada Allah

Innalillahi wainna ilahi raji'un..

Menerima berita kematian Tok Lang Mahmood,satu-satunya tok saudara saya yang masih ada.oga Allah merahmati tok.

Sempat ziarah beliau pada minggu lepas,buat kali terakhir.Waktu itu,beliau sedang bercakap dengan anaknya,kisah tentang dia pernah berhutang.Sudah bayar,tapi risau takut masih belum bayar.Minta dicari akan hamba Allah itu untuk kepastian.

Allahuakbar.Inilah prihatin dan berhati-hatinya orang lama dalam soal hutang ini.Sebelum menghadap-Nya,mahu dilangsaikan semuanya.

Jom langsaikan hutang-hutang kita.

~Ingat dan bersedialah untuk mati..~

Wednesday, April 20, 2011

Orang Baru..



Alhamdulillah....

Selamat mendapat anak saudara yang ke 5..
Nama pun belum ada lagi..seorang bayi perempuan,,,

Semoga menjadi hamba-Nya yang bertaqwa,anak yang solehah..

-nak balik rumah sekarang...-

Friday, March 25, 2011

Bumi Berkat..

2 kota paling mulia di muka bumi ini..

Kota Makkah Al-Mukarramah..



Kota Madinah al-Munawwarah..



Teringin sangat saya untuk menjejakkan kaki di sana,menjadi tetamu Allah.Mahu menziarahi Rasulullah..

Bilakah masa itu kan tiba........

Selamat semuanya Ummi,Abah dan adikku berangkat ke sana...

Wednesday, February 2, 2011

02-02-2011

Genap 31 tahun guru itu berulang alik menunaikan amanah sebagai seorang pendidik..

Tanpa penat lelah dan jemu mendidik anak bangsa..

Di sekolah yang sama itu dia menabur bakti..

Hari ini umurnya sudah tiba untuk bersara..

Bukan sedikit pengalamannya..

Pengalaman yang tidak ada pada orang lain..

Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara buat 


Ustazah Che Zarah

Sek Men Zainab 1



dedikasi buat ummi yang tercinta..

Thursday, December 30, 2010

Tuesday, December 21, 2010

Selamat Ulang Tahun...

Usamah..adik fasi,,[18 Dis]
Akram Ikrami..[18 Dis]
Shahrul Ikhwan,anak saudara..jadi anak soleh ye..tahun depan dah darjah 1..[6 Dis]
Ibrahim Hussin Ibrahim..moga ukhwah Lillah...[15 Dis]         


Sunday, November 14, 2010

My Brother..

Dewasa sudah dirimu..

Genap sudah umurmu 23..

Moga diri dalam rahmat Allah..

Selamat hari lahir my brother AMIR..

smart bro..

Monday, October 25, 2010

Adikku.

Selamat Hari Lahir ke -15 buat adik bongsuku..

FARID WAJDI

Mga hidup penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah...

Monday, September 20, 2010

Sanah Helwah Akhi..

Abe Am : Nok tido doh ko? bangun dulu meta,mari kito ambik ilmu sikit.

Saya : Bereh,dengar ceramah dulu...hehe

Lalu Abe Amri saya pun baca la syarahan kitab sedikit sebanyak.Kemudian berdiskusi sedikit,usrah ringkas,barulah saya tidur.

Terkenang suasana saya ketika kecil dulu.Sebelum tidur,itulah antara pengisian saya dan abang saya.

Sanah helwah ya akhi..USTAZ HAFIZ AMRI..

Add caption


-18 September-

Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Lahir Bro..


Selamat Hari Lahir ke-24 buat abangku..

SAIFUL AMIN

Moga murah rezeki

Jadi anak dan abang yang soleh.

Ameen...

smart janggut boh..haha

Thursday, August 19, 2010

Adikku

Selamat Hari Lahir Adikku..

MADIHAH

Umurmu sudah mencapai 17 tahun,dirimu sudah bergelar gadis

Ingatlah,mati itu semakin hampir,hidup semakin singkat masanya.

Persiapkan dirimu menghadapNYA.

Jadilah wanita SOLEHAH dan MUKMINAH adikku.






Sunday, June 13, 2010

Selamat HAri lAhir

Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 buat anak saudaraku Anis Syazwin..

Semoga menjadi anak yang solehah...

Wednesday, June 2, 2010

Selamat Datang...


Alhamdulillah...

Ahlan wasahlan..wamarhaban biik..

Selamat datang ke alam yang dinamakan Alam Dunia..

Lahirmu disambut dengan kalimah tauhid,akhirilah hidup dengan kalimah itu juga...

Segala puji dan puja bagi Allah,saya mendapat anak saudara yang keempat seminggu yang lepas.

Namun saya belum ada jodoh untuk menjenguknya.

WIDAD SOFIA..permata baru dalam keluarga saya.

Hari ini Abe We (abang ipar saya)  dan ummi mencukur Widad.

Kak Ngah dan Ummi selalu bertanya bilakah mahu pulang melihat ahli keluarga baru kami.
Maafkan anakmu ini ummi,belum ada kesempatan untuk pulang.


Ayah Chik doakan Widad sihat sentiasa,jadi anak yang solehah dan hamba-Nya yang  bertaqwa.

Ameen...



Sunday, May 23, 2010

Tabah memikul beban..


Dikendongnya jasad kecil itu selama 9 bulan tanpa sedikit keluhan pun.Penat dan lelah tidak terkira,namun dipendam begitu sahaja.Makan dan minum dijaga demi tumbesaran anak dalam kandungan.

Besarnya pengorbanan seorang ibu.
Mulianya wanita bergelar ibu.


Selamat ulang tahun kelahiran yang ke - 26 buat KAK NGAH ku.

Semoga hidupmu diberkati Allah,menjadi anak yang taat,isteri yang solehah dan bahagia dengan rahmat Allah.

Moga kak ngah selamat melahirkan anak sulung dalam minggu ini.Moga selamat semuanya.

Tak sabar mendapat anak saudara yang ke-4.Hehe...


Friday, May 21, 2010

Sabarnya seorang wanita


Si suami terlantar dia atas katil,tidak mampu untuk bangun dan berjalan.Mengengsot pun tidak berupaya.Semenjak kemalangan yang menimpa dirinya,mungkin selepas 4 bulan kakinya boleh digunakan kembali untuk berjalan.
Baru tahu betapa besarnya nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah berikan.Sukarnya untuk menguruskan kehidupan seharian.

Namun di sisinya,berdiri teguh seorang wanita bergelar isteri.Si isterilah yang menyuap makan minum ke mulutnya.Yang memandi dan menyucikannnya.Menyorong kerusi roda ke sana ke mari.

Dalam masa yang sama menguruskan dua orang anak kecil mereka yang tidak tahu apa-apa lagi.Si isteri mengambil cuti sementara waktu untuk menguruskan suami menunggu untuk sembuh.

Namun tidak pernah terpacul keluhan dari bibirnya.
Subhanallah,tabah dan sabarnya wanita itu.

Kata orang: 'Di belakang pahlawan yang hebat perkasa itu,berdirinya seorang wanita (isteri)'.

Ketika pulang sebentar ke rumah minggu lepas,itulah yang saya dapat lihat.Kesian melihat Kak Long menjaga suaminya itu.Tapi itulah tugas seorang isteri.tabah dan sabar dengan dugaan yang mendatang.

Hari ini ulang tahun kelahiran Kak Longku.Selamat ulang tahun yang ke-30 KAK LONG.

Saya doakan kak long menjadi isteri yang solehah,anak yang taat,ibu yang mithali dan bahagia selalu.


Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata 

Penawar hati

Penajam fikiran

Di rumah dia isteri

Di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan