Si suami terlantar dia atas katil,tidak mampu untuk bangun dan berjalan.Mengengsot pun tidak berupaya.Semenjak kemalangan yang menimpa dirinya,mungkin selepas 4 bulan kakinya boleh digunakan kembali untuk berjalan.
Baru tahu betapa besarnya nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah berikan.Sukarnya untuk menguruskan kehidupan seharian.
Namun di sisinya,berdiri teguh seorang wanita bergelar isteri.Si isterilah yang menyuap makan minum ke mulutnya.Yang memandi dan menyucikannnya.Menyorong kerusi roda ke sana ke mari.
Dalam masa yang sama menguruskan dua orang anak kecil mereka yang tidak tahu apa-apa lagi.Si isteri mengambil cuti sementara waktu untuk menguruskan suami menunggu untuk sembuh.
Namun tidak pernah terpacul keluhan dari bibirnya.
Subhanallah,tabah dan sabarnya wanita itu.
Kata orang: 'Di belakang pahlawan yang hebat perkasa itu,berdirinya seorang wanita (isteri)'.
Ketika pulang sebentar ke rumah minggu lepas,itulah yang saya dapat lihat.Kesian melihat Kak Long menjaga suaminya itu.Tapi itulah tugas seorang isteri.tabah dan sabar dengan dugaan yang mendatang.
Hari ini ulang tahun kelahiran Kak Longku.Selamat ulang tahun yang ke-30 KAK LONG.
Saya doakan kak long menjadi isteri yang solehah,anak yang taat,ibu yang mithali dan bahagia selalu.
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata
Penawar hati
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri
Di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
No comments:
Post a Comment