Friday, May 20, 2011

Suka UsRaH

Alhamdulillah..setelah sekian lama sepidari berusrah,akhirnya diberi kesempatan jua...

Begitu terseksa jiwa rasanya bila sunyi dari peringatan dan tazkirah..rasa kering dan lalai...

Mungkin ada orang mempersoalkan,apa pentingnya sangat usrah,,pergi kuliah di surau pun boleh jaga tarbiah..

Baik,anda benar..

Namun cuba ambil contoh..

Dalam kita belajar,kita selalu diberitahu bahawa pentingnya study group untuk cemerlang dalam pelajaran.Dan itu juga kita akui kebenarannya.

Jika ingin cemerlang dalam pelajaran dengan study group,maka bagaimana untuk  dalam soal ibadah??

Itulah USRAH,,untuk memperbaiki ibadah dan akhlak,juga  sebagai peringatan dan tazkirah kepada diri,usrahlah antara medan paling sesuai..

Jom berusrah..

Sunday, May 15, 2011

Buat para guruku..

Seorang guru itu tidak mungkin mampu mengingati semua anak didiknya yang tidak terkira ramainya,,,

Apatah lagi seorang anak didik dan murid yang biasa sepertiku ini,,,

Namun buat guruku,dari Pasti,sekolah rendah,Ma'ahad,Matrik dan kampus,anak didik kalian ini tidak pernah melupakan kalian,,

Semoga Allah limpahkan rahmat dan maghfirah buat semua guru-guruku...

Selamat Hari Guru...


Indah dan gembira rasanya seorang cikgu itu mengingati daku walaupun hanya kenal sehari sahaja dengan beliau...Seronok bila guru mengingati kita...

Sunday, May 8, 2011

Kembali pada Allah

Innalillahi wainna ilahi raji'un..

Menerima berita kematian Tok Lang Mahmood,satu-satunya tok saudara saya yang masih ada.oga Allah merahmati tok.

Sempat ziarah beliau pada minggu lepas,buat kali terakhir.Waktu itu,beliau sedang bercakap dengan anaknya,kisah tentang dia pernah berhutang.Sudah bayar,tapi risau takut masih belum bayar.Minta dicari akan hamba Allah itu untuk kepastian.

Allahuakbar.Inilah prihatin dan berhati-hatinya orang lama dalam soal hutang ini.Sebelum menghadap-Nya,mahu dilangsaikan semuanya.

Jom langsaikan hutang-hutang kita.

~Ingat dan bersedialah untuk mati..~

Monday, May 2, 2011

Kenapa Layu..

Maksiat itu menggelapkan hati....

Ya...dah lama dah tahu....

Tapi tidak sedar akan diri yang telah lupa mengambil

peringatan itu...

Tapak tangan memegang dada...

Adakah hati ini telah kotor??

Tercemar dek maksiat dan dosa..

Lantaran itu sudah tidak merasa bersalah melakukan 

maksiat pada Allah...

Ubatilah hatimu...



Wednesday, April 27, 2011

Sudah daftar sebagai PENGUNDI??

Semalam pihak universiti telah membuka kaunter untuk pendaftaran pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.Suatu insiatif dan usaha yang baik dari pihak pentadbiran.

Masih ramai anak muda yang cukup umur pengundi yang masih belum mendaftar segabai pemilih.Pelbagai alasan diberi.

"Saya tak minat la politik ni"

Ish..payah faham sungguh dengan orang macam ni.Orang bukan suruh kamu sertai politik,atau suruh kamu jadi ahli politik.Cuma minta tunaikan kewajipan kamu sebagai warganegara je.Daftar mengundi dan mengundi dalam Pilihan Raya.

Ia adalah satu keperluan.Faham apa itu keperluan?Macam makan la..Ada orang yang tidak minat makan.Tapi bolehkah dia tak nak makan?Dia mesti makan juga untuk hidup kerana itu keperluan.

Sebagai warganegara Malaysia,mengundi dalam pilihan raya adalah keperluan untuk memilih tampuk pemerintahan negara yang tercinta ini.Jadi minat atau tidak persoalan lain,tapi TUNAIKAN KEWAJIPAN MENGUNDI.Untuk mengundi,mestilah mendaftar sebagai pemilih dulu yer...

"Saya sorang je tak mengundi,tak terjejas pape la"

Penat juga dengan pegangan begini.Andaikata 27 juta rakyat Malaysia hari ini berpandangan begitu,maka tiada siapa yang akan mengundi dalam pilihan raya kot.Lebih baik tak payah buat kan.

Cuba bayangkan pada hari perkahwinan kamu,semua orang yang kamu jemput berpandangan begitu.Maka tiada siapalah tetamu kamu yang datang pada hari perkahwinan kamu.Tinggallah pengantin sahaja memakan gulai seekor lembu itu.Sebulan tak habis tu...

"Politik kotor,tak mahu ambik tahu lah"

Betulkah politik kotor?

Atau orang politik yang mengotorkan politik itu dek tangan-tangan kotor mereka?

Politik itu adalah secara mudahnya adalah cara dan sistem pemerintahan (walaupun maknanya lebih luas).Rasulullah S.A.W pun terlibat dalam memerintah negara Islam pertama di dunia yakni Madinah.

Jadi kotorkah politik itu?

Tidak..politik tidak kotor.Tapi ahli politik yang kotor pemikiran dan tindakannya yang melakukan perkara di luar batasan agama dan norma serta adat masyarakat yang mengotorkan politik itu.

Maka untuk memastikan pemimpin kita bukan orang yang 'kotor',sewajarnyalah kita mengundi dan memilih pemimpin yang 'bersih' untuk memerintah negara kita.Untuk mengundi,perlulah daftar sebagai pemilih dahulu,..

"Saya tak nak peduli soal ini"

Rakyat sendiri tak nak tahu ambil tahu siapa pemerintah mereka.Tak nak ambil peduli kan.Yang mereka peduli,dapat kerja,makan,tidur,berhibur dan macam-macam lagi.

Tahu atau tidak,yang jaga ekonomi negara kita,peluang pekerjaan,pendidikan anak-anak kita (dah ada anak ke?),dan seribu satu macam lagi adalah kerajaan dan pemerintah.

Kalau kita tak peduli soal pemerintah sendiri,macam mana mereka nak memerintah dengan baik?

Siapa nak hargai jasa dan pengorbanan mereka?

Atau kalau mereka khianat dan songlap duit negara,siapa nak tegur dan tegakkan kebenaran?

Jadi,kita mesti ambil peduli.Jangan amalkan mazhab TIDAK PEDULISME.

Kalau dah rakyat sendiri tak nak peduli siapa pemerintah negara mereka,baik bagi orang lain je perintah negara ini.Kan senang.

Negara sudah merdeka,namun minda belum merdeka.Inilah contohnya.

Untuk itu,diseru kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih,segeralah daftarkan diri anda di Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) atau pun di Pejabat Pos.

Dan malam esok 28 April di kafe Pak Cik Mat Semarak,pihak universiti membuka kaunter pandaftaran pemilih.

Silakan hadir sesiapa yang belum mendaftar.Sila bawa kad pengenalan anda.

Tahniah dan syabas pihak UniMAP atas usaha murni.

{Sekadar pandangan diri sendiri.Jika nak berkongsi pandangan,sila komen terus}



Terima Kasih..

Nokia: "Aku ini banyak dosa.."

Samsung: "Nokia,tegaskan diri,kena kuat dalam mencari ketaatan pada Allah.Godaan nafsu dan bisikan syaitan akan jadi penghalang."

Nokia: "Sukar sahabatku...bila bersendiri,mudah buat doa"

Samsung: "Susah atau malas lawan bisikan nafsu dan syaitan? Jangan terlalu manjakan nafsu.Macam mana kamu mahu tegakkan Islam dengan sikap manja ini?"



Sangat terkesima dengan pertanyaan samsung..ye,memang nafsu ini selalu dimanja dan dibelai..malas melawan nafsu..berasa seronok dengan kesoronokan dunia yang sementara..

Terima kasih Samsung..seorang sahabat yang sangat baik dalam menegur dan menasihati sahabatnya ini..Semoga Allah merahmatimu,memberkati umurmu..Selamat Hari Lahir sahabat...


"Moga jadi muslimin soleh.Walaupun susah nak dapat syahid,moga dapat jadi muslimin yang dapat majukan dan bangkitkan Islam!dan dapat bagi sumbangan pada agama!"

Tuesday, April 26, 2011

Senyum Sendirian..

Kita selalu senyum...

Kadang-kadang senyum sendirian..

Bukan kadang-kadang,selalu je..hahaha...

Kerana kita geli hati,maka kita gelak dan suka sendirian..hihik...

Maaf kepada tukang komen di blog saya yang saya padam komennya..kerana komen itu terlalu kelakar dan geli hati,tidak sesuai untuk tontonan umum..hehe...

hehe


Wednesday, April 20, 2011

Orang Baru..



Alhamdulillah....

Selamat mendapat anak saudara yang ke 5..
Nama pun belum ada lagi..seorang bayi perempuan,,,

Semoga menjadi hamba-Nya yang bertaqwa,anak yang solehah..

-nak balik rumah sekarang...-