Showing posts with label bingkisan hidup. Show all posts
Showing posts with label bingkisan hidup. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Responden

Tugasan menyiapkan disertasi memerlukan saya untuk turun ke lapangan. Bertemu dengan responden dan menemubual mereka berkaitan tajuk disertasi saya. "Kekangan dan Penyelesaian Pembangunan Berteraskan Islam di Kelantan:1990-2014".

24 tahun adalah satu tempoh yang bukan pendek bagi sebuah pentadbiran di peringkat negeri. Ia sama dengan umur saya sekarang. Bagi mengekalkan sebuah pentadbiran dan pemerintahan, 

1. Tak boleh lari daripada menilai dan memuhasabah perjalanan pemerintahan mereka. 

2. Bersedia menerima kritikan dan pandangan dari semua pihak. 

3. Siap untuk melakukan perubahan sesuai dgn massa. 

4. Jangan menafikan kelemahan dan masalah,sampai sorok semuanya di bawah karpet.

5. Memohon bantuan dan pertolongan Allah.

Di sini saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat para responden saya. Semoga Allah berkati.

Saya kongsikan gambar-gambar responden saya di sini.

Datuk Dr Zainuddin Ibrahim,bekas SUK Kelantan.

Dr Wan Nik Wan Yussof (SU Politik Menetri Besar Kelantan) dan Tuan Sanusi Othman (COO PMBK)

YB Datuk Paduka Husam Musa, ADUN Salor

Dalam perjalanan pulang,saya sempat bertemu dan berkongsi pandangan dengan Ustaz Nazri Chik, Ketua Bahagian Syariah di Bank Islam. Seronok mendengar perkongsian dari orang yang berjaya.



"Anak muda,berada di bidang akademik jangan sampai terbang ke awanan sehingga tak tahu nak jejak kembali ke bumi yang nyata. Berfikir dan bertindaklah untuk bantu ummat" (unknown,2014).

PIA 
8.40 am
11/11/2014

Sunday, November 9, 2014

WAJAH CANTIK ITU

Susah atau senang, sentiasalah ingat pada Tuhan. Bersyukur ketika diberi kesenangan dan nikmat. Bersabar bila ditimpa ujian dan musibah.

SUSAHKAH

Bila kita dalam kesusahan, biasanya itu teguran Allah kepada kita supaya kita kembali pada jalan yang lurus. Bila kita dalam keadaan susah, resah, tersepit dan keluh kesah. Apa harus dibuat?

1. Perbanyakkan membaca Al-Quran. Fahami maknanya. Hati akan terasa bicara Allah kepada kita.

2. Perbanyakkan zikir dan istighfar. Isikan hati itu dengan zikrullah.

3. Jika masih ada ibu dan ayah, pulang dan lihat wajah mereka.

WAJAH CANTIK ITU

Saya hanya ingin berkongsi tentang perkara ketiga. Bagi sesiapa yang ibu bapa masih hidup, selalulah pulang dan berbakti kepada mereka.

Walau sesibuk mana pun anda,carilah masa untuk pulang menjenguk mereka. Sekejap pun tak apa, asalkan kerinduan mereka terubat. 

Baru-baru ini saya agak sukar mendapat idea untuk menulis disertasi. Mahu menulis, tapi idea tak datang. Saya pulang ke rumah bertemu dengan ayah bonda. Balik rumah tak sampai 12 jam kemudian terus pulang ke kampus.

Sampai di kampus, Allah mempermudahkan urusan saya menulis. Sangat mudah dan lancar. Alhamdulillah. Saya yakin, ayah bonda saya sentiasa mendoakan kami anak-anak ini.

Buat anak-anak, pulanglah menjenguk ayah bonda. Pandanglah wajah mereka yang cantik itu. Anda tak akan pernah puas memandang wajah cantik itu. 

Ingatlah pesanan Tuhan: 

وبالوالدين احساناً

Pulanglah.


Thursday, November 6, 2014

PANAHAN

Jarang-jarang sekali bermain sukan memanah. Minggu lepas sempat main dengan rakan. Seronok rupanya. 

FOKUS

Fokus dalam membidik anak panah tepat ke sasaran. Bila sasaran sudah ada, fokus kepada sasaran yang telah ditetapkan. Abaikan yang di sekelilingnya,fokus kepada sasaran. Badan tegap,tangan lurus,mata fokus,telinga abaikan bunyian,jari menarik tali panah. Semuanya digunakan untuk memanah sasaran.

Begitu juga kehidupan ini. Apa sasaran kita? Jika sasaran mahukan keampunan dan redha Allah,sila fokus kepada sasaran tersebut. Abaikan godaan yang datang, kuatkan jiwa. 

Mata,telinga,tangan,kaki,badan,hati dan seluruhnya bekerja dan digunakan untuk capai redha dan keampunan Tuhan. 

Mata tak melihat kepada perkara haram.
Mulut tidak mengumpat dan mengaibkan orang.
Tangan dihentikan daripada maksiat.
Badan digunakan untuk ibadah.
Hati sentiasa mengingati Allah dan menginsafi dosa-dosa.

Bukankah mahukan redha dan ampunan Tuhan?

Fokuslah memohon ampunan Tuhan.

SABAR

Sabar dan tidak gelojoh bila mahu melepaskan anak panah. Kalau gelojoh,anak panah pergi entah ke mana. Jangan mahu terlalu cepat. Tengok sasaran, angkat busur, fokuskan anak panah ke sasaran, tarik tali sehingga tegang dan lepaskan bila sudah tetap dan yakin. Tapi hati-hati, jangan sampai tali busur melantun kena pada tangan.

Jangan gelojoh dalam beribadat. Perlu sabar dan tertib. Barulah tercapai sasaran kemanisan dalam beribadah,merasai indahnya berbicara dengan Tuhan. Beribadah sebagaimana diajar dalam agama, tidak melampau dan tidak juga main-main.

Bukankan Tuhan Maha Mendengar rayuan dan rintihan kita?

Ya,bila kita sabar dan bersungguh dalam merintih dan merayu.

PANAHLAH

Panahlah hatimu dengan bacaan Al-Quran setiap hari.Zikir di hati dan di bibir. Mencari redha Tuhan bukan mudah,mengharap ampunan Tuhan ada cabarannya.

Ugutan manusia, godaan syaitan, bisikan nafsu, celaan musuh dan pelbagai duri yang mencucuk. Tapi ingatlah.

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وان الله لمع المحسنين.

PANAHLAH.


Wednesday, September 17, 2014

Keluarga Debat

DEBAT

Saya menjengah ke dunia perdebatan secara tidak sengaja. Rakan saya Afifi mengajak saya mengganti tempat seorang pendebat dalam pasukan debat universiti. Dari ketaksengajaan itu saya jatuh cinta pada dunia debat.

Debat ASTAR 2009 adalah pertandingan debat pertama yang saya sertai. Teman pasukan saya ketika itu ialah Wahidah, Zubaidah dan Afham. Saya hanya sebagai simpanan. Tapi Afham memberi peluang kepada saya untuk jadi pendebat ketiga. Yeah,itulah posisi tetap saya sebagai pendebat.

Ada beberapa perkara besar yang saya pelajari daripada keluarga debat saya,yang banyak mencorakkan pemikiran dan diri saya:

1. Berkata jujur dan benar,walaupun adakalanya ia pedih dan menyakitkan. Bila kami berbicara sesama kami,memang perlu jujur supaya kami dapat tahu kelemahan dan kelebihan masing-masing sebagai satu pasukan.

2. Terbuka dan sedia terima kritikan. Yang ni memang kena ada untuk majukan diri. Seingat saya,keluarga debat cukup terbuka antara satu sama lain. Bila terbuka,maka kita tahu untuk tingkatkan potensi diri.

3. Kritis dan informatif. Bila nak berdebat,kami perlu bermaklumat. Kalau tak,nak merapu apa nanti waktu berdebat. Saya selalunya ditugaskan untuk bagi penerangan dalam isu politik dan teman-teman lain dalam isu ekonomi,sosial dan lain-lain. Nak tak nak,kami terpaksa disumbat dengan maklumat. Dan maklumat itu perlu dikritik dan dianalisis untuk dijadikan suatu konsep atau pun hujah balas dalam perdebatan. Dari situ, informasi perlu untuk memajukan diri,dan analisis perlu ada supaya otak kita berfungsi dan tak beku.

4. Retorik. Bunyi macam negatif. Tapi hakikatnya kita perlu beretorik dalam berucap. Supaya ucapan kita itu berkesan dan mesej yang mahu disampaikan itu dapat sampai kepada pendengar. Bunga bahasa itu indah.

5. Persaudaraan. Ini nikmat yang Allah kurniakan kepada keluarga debat kami. Kepada teman-teman debat saya, Syamir, Mas, Izzati, Aiman, Kak Wahidah,Abang Afham,Somchai,Nazrullah,Raimi,Syaiful,Abang Apit,Madiha,Umahwathy,Zubaidah dan mungkin ada yang saya tertinggal,saya hargai kalian sebagai teman yang banyak mengajar saya pelbagai perkara dalam hidup. Kepada Puan Sayang sebagai penyelaras dan En Hanif sebagai jurulatih kami,terima kasih banyak. Banyak ilmu yang dicurahkan.

Ini adalah salah satu daripada warna kehidupan saya.





Ini anak Mas Idayu,Muaz namanya. Comel.

Thursday, July 3, 2014

Berhati Mulia

Sudah empat hari aku memerhatikan mereka ketika berbuka puasa di masjid. Insan istimewa itu sentiasa ada yang membantunya. Dia dibantu ketika berjalan, ketika mengambil nasi, waktu mencari tempat duduk dan juga pada waktu dibawa balik ke asrama.

Dia itu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), mata dan penglihatannya terbatas. Tidak sama sebagaimana dengan manusia normal. Dua perkara yang aku ingin katakan.

1. Betapa mulianya hati insan-insan yang sudi membantu mereka yang OKU ini. Mereka nampak biasa sahaja, tetapi hati mereka mulia. Membawa rakan mereka yang OKU itu di atas motosikal, memimpin tangan mereka ketika berjalan, mengambil nasi dan segala perkara yang perlu dibantu. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat kalian.



2. OKU ini adalah insan yang istimewa. Allah mengurniakan mereka kelebihan yang berbeza. Teringat dialog seorang budak buta yang menghafaz al-Quran. Hebat sungguh beliau. Ketika ditanya adakah dia ingin melihat. Jawabnya, dia pohon pada Allah untuk dia kekal dalam keadaan buta, supaya matanya tidak perlu menjawab tentang maksiat yang dilakukan oleh mata itu kerana matanya buta dan tidak melihat kepada perkara maksiat. Allahu..

Sungguh tidaklah yang buta itu mata penglihatan tetapi yang buta adalah mata hati di dalam dada

"Ya Allah,janganlah kami dibutakan mata hati kami dari melihat kebenaran".

Wednesday, November 25, 2009

Berakhirnya semester ini..



Mengenang sejenak kembali masa yang berlalu,rupa-rupanya tamat sudah pengajian untuk semester ini.Begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari.Itulah aku, manusia yang rugi kerana melihat begitu sahaja masa berlalu tanpa dipenuhi dengan perkara yang sepatutnya. Sem ini agak banyak pengalaman dan peristiwa yang menarik.Berpindah ke rumah di belakang sekali di tepi bukit membuatkan aku terjumpa tempat bertapa..hehe..tapi pertapaan ini membuatkan aku jarang solat jemaah di surau..aku akui,aku gagal pada sem ini..

Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serumahku yang begitu banyak menegur dan membimbingku.Naemi yang banyak berjasa kepadaku.Terima kasih kerana selalu pinjamkan aku motor.haha..selalu ajak aku ke surau dengan motor hitammu itu.. Kepada Zunnur yang selalu memperingatkan salah silapku.Selalu bertanya soal agama yang membuatkan aku kembali bersemangat dalam menuntut ilmu.Syahir yang selalu tumpangkan kereta merahmu ketika kami kehujanan.yang menjadi chef di rumah kami,selalu masakkan makanan untuk kami.sedapx3..


Jiran sebelah rumah yang selalu datang mengacau..Huzaifah yang selalu mengusik dan menyanyi itu..nanti nyanyi banyak2 lagi sem depan..Fendy yang suka tengok muvi..bgs2..Nano yang selalu kebisingan tapi budak pandai dalam kelas kami..teror2..serta semua sahabat2 sekelas dan semua kawan2,tima kasih kepada kalian semua.Ada umur kita jumpa lagi pada sem akan datang...