'Abang Syidi dulu menganggur 2 tahun jugak sebelum dapat kerja tetap ni..duk kerja sambilan sana sini..akhirnya ada rezeki kerja di Loji Penapisan Petronas Sg Udang ni.Tak rugi pun kau bertapa 4 bulan kat sini..bukan buat kerja sia-sia..nanti ada rezeki tu..'
Antara perbualan aku dan Abang Rasyidi.Anak muda yang sangat baik,mesra dan bersemangat bila buat kerja.Best dengar perkongsian dia tentang kerjanya.Pengalaman di Melaka selama 4 bulan,sangat berharga dalam soal kehidupanku..
Dengar kisah sahabat lama aku...Dia kahwin ketika di tahun akhir pengajian...Selepas grad,dia kerja selama seminggu dan berhenti..Minggu lepas dapat khabar tentangnya,baru sahaja dapat anak pertama..Alhamdulillah...dan kerjanya selama ini adalah menjual air di tepi jalan..Gigih berusaha,akhirnya dapat rezekinya bekerja sebagai engineer di Petronas..Murah rezeki orang kahwin dan dapat anak ni..
Ada bersembang dengan abang iparku..pernah menganggur dua tahun..kerja sebagai guard je untuk sara hidup..walaupun ada degree...sabar dan teruskan usaha..jangan putus asa dalam kehidupan...Gua respect la..
Dan buat sahabatku yang akan berkahwin Syawal ini..walaupun sekarang kau menganggur macam gua (hahaha)..insyaAllah kau dapat kerja sebulan dua ni..rezeki kahwin terrr...Aku doakan yang terbaik untuk kau bro...
Aku???
Hahaha...hanya senyuman yang aku beri bila ditanya kerja di mana sekarang...soalan famous untuk orang yang dah habis belajar ialah..
'Kau kerja mana bro??'
Senyuman aku ni jawapan kan...haha..
Banyak-banyak pesanan,pesanan ummi ketika di bumi Makkah yang bisa menguatkan aku..
'Ummi tak kisah kalau anak ummi lambat dapat kerja,kerana ummi yakin rezeki tu Allah dah tetapkan..InsyaAllah ada la tu nanti..teruskan usaha..'
Dan aku membenarkan kata-kata budak ini...
No comments:
Post a Comment