Friday, June 22, 2012

Dulu lebih baik...Rugi derr,,,,

DULU

Suatu masa dahulu,solat jemaahnya terjaga.Setiap pagi akan dikejutkan oleh abahnya untuk solat subuh jemaah.Usai berwudhu,merangkak masuk ke bilik abah untuk solat jemaah bersama ummi dan adik beradik.

Zohor pula abah ajak solet jemaah lagi.Bila tiba waktu asar abah tanya lagi dah solat ke belum.Diajak solat bersama.Lembut abah mendidik dirinya dan adik beradik yang lain.

Sebelum maghrib abah ajak ke masjid tempat abah berkuliah.Solat maghrib berjemaah dan bila waktu abahnya memberi kuliah maghrib,dia melilau sekitar masjid.Tiba waktu Isya' masuk solat jemaah kembali.

Bila hari abah tiada kuliah,dia akan mengaji Al-Quran di rumah.Dicubit perkara biasa,untuk halau syaitan yang menghasut supaya malas mengaji.

Itu kisah dia ketika kecil,tadika dan sekolah rendah je pun.

Di sekolah pun solat terjaga.Bila tinggal di asrama,terjamin.Seronok bangun awal sebelum subuh.Usai solat subuh berjemaah,dia dan rakan-rakan akan mendengar kuliah tafsir dari warden.Itu pun selalu tertidur dalam majlis tersebut.

tidoooooo 


Zohor dan Asar tiada masalah.Bila ada latihan kawad,dengar azan Asar semuanya akan berkawad menuju ke masjid dan tunaikan solat berjemaah.Maghrib dan Isya' tidak perlu risau.Selesai maghrib,akan ada kuliah maghrib.3 malam seminggu akan ada kelas tahfiz.Usai solat Isya' ramai-ramai akan membaca surah Al-Mulk.




Tiba di matrikulasi,surau menjadi tempat tidurnya setiap malam.Solat jemaah menjadi kelaziman.Sahabat-sahabat sekitar menjadi pemangkin dan penguat semangat.

KINI

7.00 pagi baru tersedar.Subuh didirikankan di hujung waktu.

Qiamullail terbang melayang entah ke mana.

Menjadi culas dan lalai dalam menjaga solat jemaahnya.

Dia duduk termenung,,mengenang kembali dirinya yang dahulu..ke mana 'dia' pergi...Insan ini sangat merindukan 'dia' yang dahulu itu..Dia sedar dirinya yang DAHULU lebih baik daripada SEKARANG..maka dia termasuk dalam golongan yang CELAKA kerana menjadikan sekarang lebih teruk berbanding sebelum ini...

AWAS!!!



Air jernih mengalir di pipinya....

2 comments:

luqmannn said...

hmmm mcm kisah ak pon ada...

Mia :) said...

tq follow k long . follow balik :D