Thursday, January 28, 2010

Halalkah..??


Rapatnya hubunganmu dengan kawan-kawan.Pergi makan bersama-sama.Dalam kelas sentiasa berbincang sesama kawan.Berbual pelbagai perkara.Seronok sungguh.Tapi itu dulu..

Sekarang watakmu berlainan.Tempat dudukmu bukan lagi di sebelah kami kawan sejantinamu.Di sisimu sentiasa ada manusia yang bisa merangsang nafsumu.Pergi makan sentiasa bersama-sama.Duduk berbual sentiasa.Bukan aku cemburu.Sungguh aku tidak dengki apa-apa.Namun...

Aku kesian melihat dirimu wahai sahabat.Dulu dirimu bergurau senda dengan kami sejantina denganmu,namun sekarang engkau sendiri seolah-olah memulaukan dirimu dari kami.Mungkin duniamu hanya dengan seseorang sekarang.

Apakah kerana seorang wanita yang BELUM HALAL bagimu itu,kau rela meminggirkan kawan-kawan.Aku tahu hatimu sendiri tidak tenang dengan perwatakanmu setiap hari.Mana mungkin kau berasa tenang bila semua orang memerhatikan engkau dengan si dia.

Kenapa engkau tidak tenang??

Kerana engkau pun tahu dia tidak halal bagimu untuk meluahkan cintamu padanya.Dia belum halal bagimu untuk dibawa ke sana ke mari sepanjang waktu.Dia masih haram bagimu untuk disentuh tangannya.Wanita itu bukan milikmu.

Aku sayu melihat perubahanmu.Permainan cintakan wanita yang tidak halal untuk dicintai cukup berbahaya.Mungkin itu ujian bagimu.Ya Allah,janganlah Engkau timpakan aku dengan ujian sebegitu.Aku doakan kau sedar sahabatku.Percaya dan yakinlah,hanya ikatan perkahwinan jalan halal untuk dua jiwa beradu cinta suami isteri.Kasih kekasih sebelum kahwin bukanlah jalannya...

Setelah bernikah,peganglah tangannya di hadapan manusia,tiada siapa yang akan marah.Berkepitlah dengannya 24 jam sekali pun,tiada yang akan menghalang.Tiada yang akan memandang sinis.Hatimu senang,orang lain pun mendoakan kebahagiaanmu.

Sebelum terikat hubungan yang halal itu,bersabarlah..Jangan membina sesuatu yang mulia itu dengan jalan yang kotor dan busuk.Kelak diri akan menyesal..

Pesanan untuk diriku jua.


Ya Allah,jagalah hati dan jiwa ini dalam kecintaan kepada-MU.



No comments: