Wednesday, July 25, 2012

Maksiat itu sedap....

Maksiat itu sedap..memang sedap...seronok la katakan.,.hidup untuk enjoy,,,buat apa saja..kita kan masih muda,..Nikmatilah hidup ini puas-puas...

Ya,kamu akan seronok dengan maksiat...kamu enjoy dengan dunia..namun kamu tak akan jumpa KETENANGAN dalam hidup...

Hidup pelaku maksiat akan penuh dengan resah gelisah..tidak ada ketenangan.,.jiwa berserabut dan kacau bilau..

Maksiat itu sedap,namun MENINGGALKAN MAKSIAT itu lebih nikmat dan tenang...Meninggalkan perkara buruk dan mazmumah akan menenangkan perasaanmu,jiwamu lebih damai dan hatimu akan jernih..

Duhai diriku yang penuh dosa dan maksiat,kembalilah kepada Allah..Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya untuk kembali kepadaNYA..

Pilihlah KETENANGAN berbanding KESEDAPAN..

-Hati saya beroleh ketenangan yang luar biasa bila berupaya meninggalkan satu amalan buruk yang telah lama bersebati...Alhamdulillah-


Friday, June 22, 2012

Dulu lebih baik...Rugi derr,,,,

DULU

Suatu masa dahulu,solat jemaahnya terjaga.Setiap pagi akan dikejutkan oleh abahnya untuk solat subuh jemaah.Usai berwudhu,merangkak masuk ke bilik abah untuk solat jemaah bersama ummi dan adik beradik.

Zohor pula abah ajak solet jemaah lagi.Bila tiba waktu asar abah tanya lagi dah solat ke belum.Diajak solat bersama.Lembut abah mendidik dirinya dan adik beradik yang lain.

Sebelum maghrib abah ajak ke masjid tempat abah berkuliah.Solat maghrib berjemaah dan bila waktu abahnya memberi kuliah maghrib,dia melilau sekitar masjid.Tiba waktu Isya' masuk solat jemaah kembali.

Bila hari abah tiada kuliah,dia akan mengaji Al-Quran di rumah.Dicubit perkara biasa,untuk halau syaitan yang menghasut supaya malas mengaji.

Itu kisah dia ketika kecil,tadika dan sekolah rendah je pun.

Di sekolah pun solat terjaga.Bila tinggal di asrama,terjamin.Seronok bangun awal sebelum subuh.Usai solat subuh berjemaah,dia dan rakan-rakan akan mendengar kuliah tafsir dari warden.Itu pun selalu tertidur dalam majlis tersebut.

tidoooooo 


Zohor dan Asar tiada masalah.Bila ada latihan kawad,dengar azan Asar semuanya akan berkawad menuju ke masjid dan tunaikan solat berjemaah.Maghrib dan Isya' tidak perlu risau.Selesai maghrib,akan ada kuliah maghrib.3 malam seminggu akan ada kelas tahfiz.Usai solat Isya' ramai-ramai akan membaca surah Al-Mulk.




Tiba di matrikulasi,surau menjadi tempat tidurnya setiap malam.Solat jemaah menjadi kelaziman.Sahabat-sahabat sekitar menjadi pemangkin dan penguat semangat.

KINI

7.00 pagi baru tersedar.Subuh didirikankan di hujung waktu.

Qiamullail terbang melayang entah ke mana.

Menjadi culas dan lalai dalam menjaga solat jemaahnya.

Dia duduk termenung,,mengenang kembali dirinya yang dahulu..ke mana 'dia' pergi...Insan ini sangat merindukan 'dia' yang dahulu itu..Dia sedar dirinya yang DAHULU lebih baik daripada SEKARANG..maka dia termasuk dalam golongan yang CELAKA kerana menjadikan sekarang lebih teruk berbanding sebelum ini...

AWAS!!!



Air jernih mengalir di pipinya....

Tuesday, June 19, 2012

Kita Diperhati??

Tahukah anda kita sentiasa diperhatikan....



Seronok bermain dengan kamera ini...Mengambil gambar dan memerhati gelagat manusia....


Gaya je lebih...


Kita terlalu asyik memerhatikan orang lain sehingga kita terlupa yang kita sedang diperhatikan....


ALLAH MAHA MELIHAT


Sedarkah kita yang setiap perbuatan dan perlakuan serta amal kita sepanjang hidup di dunia ini dicatat satu persatu...

Apa yang kita lakukan tidak pernah ada yang terlepas dari pandangan dan pengetahuan Allah...

Bila direnung diri dan segala amal perbuatan diri ini....Hilang segala kata-kata,...

Malunya kepada Allah atas segala dosa dan maksiat yang bertimbun tidak terkira....

Malunya dengan amal kebaikan yang sedikit,,,,

Andai dosa dan maksiat itu berbau busuk,nescaya manusia di sekelilingku pasti tidak sanggup mendekatiku...Allah....



Wednesday, May 16, 2012

Hijau itu Tenang...

Hutan salah satu tempat yang menenangkan saya.Dulu selalu je masuk hutan,camping.Sudah lama tak menjejakkan kaki ke hutan dan aktiviti lasak.Daki gunung jadi keseronokan,survival dalam hutan,masak sendiri dan bina pondok kecil..

Alhamdulillah minggu lepas dapat merasai rasa itu kembali...rasa yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...namun tenang dan tenang...kurniaan Allah melalui kehijauan alamNya...


subhanallah    
hutan menenangkan...

Sempat juga dalam program kali ini bermain flying fox...dengan gaya superman...hahaha...maaf adik-adik,hanya abang fasi dibenarkan gaya ini...

perasaan terbang...

Sepanjang program lasak bersama adik-adik ini mengingatkan saya kembali kepada kenangan-kenangan lama di zaman sekolah..Rupanya begitui besar jasa guru-guru saya dahulu dalam membina diri saya yang sekarang..

SELAMAT HARI GURU buat seluruh guru saya sepanjang kehidupan ini...

-Itik Kuning akan sentiasa ingat pada guru-gurunya-

Tuesday, May 15, 2012

Vanilla & Coklat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak menjengah ruang blog peribadi ini..Nak update sikit..

Dua malam lepas berforum bersama Dr Farhan dan isterinya Ustazah Fatimah Syarha.Pasangan suami isteri yang romantik dan sweet..Forum santai bertajuk Vanilla & Coklat:Let's Get Married..Amboiii...Tajuk cinta memang sinonim dengan anak muda dan remaja..

Ustazah dan Dr sememangnya menjadi ikon kepada anak muda.Kelembutan dan keramahan kedua-duanya menawan hati saya.Kedua-dua penulis novel ini sangat mendalam dalam perkongsian mereka,dekat dengan kami anak muda ini..

Apa pun malam itu dewan penuh dengan  hadirin sehingga terpaksa ditambah kerusi.Alhamdulillah..Tahniah kepada pihak penganjur Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 10/11..Satu usaha yang baik mengadakan Hari Siswi 2012 buat kali pertama di kampus kita.Tahniah dan syabas.Moga dapat diteruskan program ilmiah dan bermanfaat kepada mahasiswa/i dan masyarakat.Kurangkan program hiburan yang melalaikan.Selamat maju jaya...

Perkongsian menarik dari pasangan sweet ini..
Kenangan...

Audiens yang bertuah..hehe...

Saturday, March 24, 2012

Manusia Perlukan Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera..

'Selamat hari lahir..'

'Terima kasih awak..'

'Selamat berjaya..'

'Tahniah atas kejayaan awak...teruskan usaha ye..'

'Bagus kerja awak ni..selamat berjaya..'


Ini adalah antara dialog yang menunjukkan penghargaan kepada orang lain..Manusia itu dahagakan penghargaan sebagaimana dia dahagakan air..

Secara fitrahnya kita manusia perlukan penghargaan..kerana itu kita disaran mengucapkan terima kasih kepada insan yang membantu kita..Mengucapkan sesuatu yang menghargai dan mengambil berat akan orang di sekeliling kita..

Bukan susah pun nak ucap kata penghargaan,cuma kita ini selalunya MALAS dan MALU,kadang-kadang SOMBONG untuk menuturkannya,hatta kepada orang yang kita sayang sekali pun..

Seorang anak itu perlukan perhatian dan penghargaan daripada kedua ibu bapanya..sekurang-kurangnya kata semangat atas keputusan peperiksaan..

Seorang isteri mahukan penghargaan daripada suaminya..cukup dengan ucapan terima kasih atas masakan yang disediakan..atau kucupan di dahi isteri..

Seorang suami hendakkan isterinya menghargai penat lelahnya membanting tulang mencari nafkah keluarga dengan memicit badannya,sediakan keperluan rumahnya dengan baik dan berhias untuknya...

Seorang pekerja akan lebih bersemangat bekerja apabila diberi penghargaan oleh bosnya dengan kata-kata semangat dan motivasi..

Jika tidak ada orang yang menghargaimu???

CUKUPLAH PENGHARGAAN DARI TUHANMU ATAS SEGALA KEBAIKAN YANG ENGKAU LAKUKAN,KERANA PAHALA ITU DATANG DARINYA,BUKAN DARI MANUSIA..

pernah anda menyapa dan memberi ucapan terima kasih pada pak cik ini??


Berilah penghargaan dan ambil berat pada mereka di sekeliling kita yang berjasa kepada kita tanpa kita sedar...

Terima kasih pak cik..terima kasih semua pembaca...

Tuesday, March 13, 2012

BUNUH!!


Mayat yang terbakar dikenal pasti sebagai Dirang, kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu.

Seorang pelajar IPTA di Pulau Pinang ditemui mati terjun dari tingkat 10 sebuah bangunan.

Seorang ibu dibuang di sebuah hotel bajet oleh anaknya.

Isteri bunuh diri selepas kelar suami sendiri.

Apa lagi selepas ini?? Hampir setiap hari kita membaca kes bunuh,samun, rompak, bunuh diri, kelar, tikam, sembelih..

Dunia kita seolah-olah sudah tidak selamat. Isteri kelar suami sendiri.Apa puncanya??

Pelajar bunuh diri dengan terjun dari bangunan..Apa puncanya??

Kanak-kanak 7 tahun yang dilaporkan hilang ditemui rentung jasadnya..Apa puncanya??

Seorang ibu dibuang oleh anak sebegitu sahaja sedangkan ibu itulah yang membesarkannya..Apa puncanya??


PUNCA

Carilah punca kepada masalah untuk diselesaikan dari akar umbi..
Faktor apakah semua ini

1. Tekanan hidup?
2. Jauh dari pegangan agama?
3. Jiwa kosong?
4. Bala?

Jiwa yang kosong menyebabkan manusia berasa tidak ada matlamat hidup.Hilang pedoman..Tidak ada pegangan hidup..Bertindak sesuka hati mengikut nafsu..

Ini semua adalah kerana jiwa dan roh manusia itu kosong..tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya..pegangan agama rapuh..bila berdepan dengan tekanan,maka dibuatnya sesuka hati mengikut nafsu tanpa ada pertimbangan..

Kembalilah kita semua kepada FITRAH..



 


Wednesday, March 7, 2012

Siapa Lihat Siapa...

Assalamualaikum warahmatullah...

Rasa mahu aktif menulis...



Bro ni memang tangan seni la...Dia sedang melukis gambar bayi dalam telefonnya...kurniaan Tuhan bakat dia ni....



Haaa...ini pula bro lain yang sedang melukis gambar bro di atas yang sedang melukis...hahaha..memang smart la bro ni....

ADA YANG MELIHAT KITA

 
Itulah kehidupan kita..Mungkin kita suka melihat dan memerhati orang di sekeliling kita..Kita sangat 'prihatin' sampaikan semua salah silap dan cacat cela orang kita tahu dan sebarkan.

Sampai kita terlupa tentang silap dan cela kita..sehingga terlupa untuk baiki kelemahan diri..

Dan yang paling teruk apabila kita terlupa yang setiap tindak tanduk dan amal perbuatan kita dilihat oleh YANG MAHA MELIHAT...

Jika tidak berasa malu berbuat dosa dan maksiat di saat kita bersendirian..ingatlah Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita..Allah..ampunkan dosa-dosa kami...


-Abu Asrar Qalbi-