Friday, January 15, 2010

Pemangku Raja menjadi imam solat..


Subhanallah...



Gambar ini mebuatkan aku rasa terharu...rasa macam nk menangis pun ada..
Tidak pernah aku melihat seorang pemangku raja dalam Malaysia yang mengimamkan solat kepada rakyat jelata..

Tuanku memang seorang yg sederhana dan bersahaja..aku selalu melihatnya berjubah,berkopiah dan berselipar sahaja di masjid-masjid..

Waktu aidiladha juga,tuanku Faris turut sama menyembelih lembu..aku tak pernah dengar anak raja di Malaysia yang sebegitu..

Dan semalam tuanku sekali lagi menunjukkan bahawa baginda mahu menjadi pemimpin yang yang mengamalkan Islam dan memimpin rakyat ke arah kebaikan berlandaskan Islam.

Kami mendoakan kesejahteraan tuanku,semoga negeri Kelantan menjadi 'baldatun toyyibatun,warabbun ghafur'.

DAULAT TUANKU..


Sakit yang sakit..


Sudah beberapa hari badan tidak sihat..
Selesema dan batuk yang masih lagi berjalan di dalam nadi ini beberapa hari sudah..
Sakit ini memang terasa sakitnya..
Sukar untuk sembuh,mungkin ada hikmahnya..
Susah apa,mudah sahaja dicari penawarnya...

Sakit lain pula yang datang menyeksa..
Lagi seksa dari yang melanda tubuh badan,.
Menyerap terus ke seluruh denyutan jantung fizikal dan jantung hati..
Sakit yang pak doktor pun tak boleh melihat di mana sakitnya itu..
Dan..sukar mencari penawar..


Iman yang sakit ini membuatkan hidup hilang arah..
Mengharu biru merah hijaukan seluruh kehidupan..
Hidup bagai tiada pedoman...
Tak tahan aku menanggung kesakitan iman ini...
Sakit yang sakit...


Aku mencari jalan pulang.....





Friday, January 8, 2010

Pedang Allah..

Sebut sahaja nama si Khalid,bergetar hati puak musyrikin kegerunan..Semua orang sudah mengetahui kehebatan panglima itu..tiada yang dapat menafikan kecekapannya di medan perang..

Ketika berlakunya perang Mu'tah,Nabi Muhammad SAW bersabda : "Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid al-Walid yang digelar Pedang Allah.Peperangan itu dimenangi oleh Khalid al-Walid."

Itulah Saifullah (pedang Allah),gelaran khas yang diberi oleh Rasulullah kepada Khalid.Khalid yang dulu berperang menentang dan mengkucar kacirkan umat Islam dalam perang Uhud,namun dengan hidayah dari Allah Khalid ini jugalah menjadi panglima agung Islam di zaman Abu Bakar.
 
Kata Saidina Abu Bakar :" Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid al-Walid". Abu Bakar memang sangat mengenali si Khalid.

Namun Umar al-Khattab kurang senang.Bukan kerana apa,cuma bimbang dengan sikap Khalid yang keras di medan perang.Bila Umar menjadi khalifah,Khalid dipecat dari jawatan panglima.Bila ditanya kepada Umar.katanya "Saya tidak berasa dengki atau iri hati kepadanya,tetapi ada dua perkara yang selalu mengganggu fikiran saya.Pertama dia tidak pernah kalah dalam setiap peperangan sehingga ada yang berkata kemenangan itu disebabkan oleh Khalid al-Walid."Umar berhenti menahan sendu.

"Kedua,dia terlalu sayangkan tenteranya.Apabila mendapat harta rampasan perang dia terus membahagikan kepada anggota tenteranya tanpa berbincang dengan khalifah dahulu".

Umar sedar kesilapannya memecat Khalid.Kata Umar lagi :"Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya.Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu (Khalid) daripada saya".

Ketika Khalid sakit,beliau berbicara dengan sahabat yang menziarahinya : "Setelah dipecat jawatan sebagai ketua panglima tentera Islam oleh Khalifah Umar,saya terus ikut berperang walaupun  sebagai tentera biasa.Saya berperang bukan kerana Khalifah Umar,tetapi kerana Tuhan".

Sebak sahabat mendengar ayat cinta yang indah ini.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid.Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam.Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut lukaakibat senjata musuh,tetapi saya masih hidup.Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai.Akhirnya saya mati di atas katil.Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini."Air mata Khalid membasahi pipinya.

Sinopsis daripada buku Khalid Memburu Syahid.Rahmat Allah ke atas para sahabat baginda Rasulullah.








Thursday, January 7, 2010

Bila Hati Berbicara..


Hati ini tiada ketenangan..
Entah kenapa,tiada bersebab..
Ia menjadi gundah gulana..
Segala tingkah menjadi serba salah..

Mahu diluah tak keluar
Dipendam terseksa diri
Mencari yempat mengadu
Tak dijumpa arah tuju..

Datang suara membisik..
Tanyalah pada hatimu..
Hatimu yang asli..
Fitrah dari-Nya..

Dan bila hati  berbicara
Nyatalah segala-galanya
Hati ini rindu..
Rindukan fitrahnya..

Diselidik hati ini
Tersasar jauh sudah..
Tanpa disedari empunya
Terkorban itu hampir..

Kini aku mencari jalan pulang...




Monday, January 4, 2010

Siapa nak jadi tetamu..??


Bila kita bertamu ke rumah orang,mestilah kita menjaga adab-adabnya.Masuk ke rumah orang,mestilah dengan salam dan berbudi pekerti.Tidak mengotorkan rumahnya,tidak membuat bising dan banyak lagi.

Namun jarang-jarang sahaja kita bertamu ke rumah orang.Yang sepatutnya,kita perlu menjadi tetamu 5 kali sehari.Bukan tetamu kepada manusia,tetapi tetamu kepada Allah.Apabila kita pergi menunaikan solat 5 waktu di masjid,maka kita menjadi tetamu Allah (kalau 5 waktu pegi masjid la..hehe).Siapa nak jadi tetamu Allah,angkat tangan..hehe..

Menjadi tetamu manusia pun kita perlu menjaga adab,apatah lagi menjadi tetamu Allah,maka perlulah lebih beradab.masjid bukan hanya perlu dibina banyak-banyak,cantik dan menarik,unik dan mahal.Akan tetapi yang lebih penting bagaimana kita memakmurkan masjid itu.Berapa ramaikah jemaah yang hadir ke surau.Apakah pengisian yang ada.itu yang perlu dititikberatkan.Bukan hanya fikir nak bina masjid yang cantik unutuk jadi tempat pelancongan.

Baru-baru ini aku solat maghrib di masjid UIA Gombak.Subhanallah,terasa ikatan persaudaraan antara sesama Muslim di antara jemaah walaupun yang hadir itu dari pelbagai bangsa,yang kulit putih,hitam,semuanya ada.Bahasa pun berlainan.Tapi itulah Islam,tidak mengira bangsa,bahasa dan warna kulit,yang penting aqidahnya adalah sama,mentauhidkan Allah Ta'ala.Imamnya pula membaca ayat Quran dengan bacaan qiraat yang berlainan dari kebiasaan di negara kita.Terasa jahil pula diri ini.terbayang kembali suasana biah di maahad.Hem..


Hati ini terasa rindu mahu menjadi tetamu Allah di 3 buah masjid paling mulia di muka bumi ini.Masjidil haram di Makkah,Masjid al-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.Entah bila rezeki saya untuk ke sana.Yang pertama dan kedua mungkin ada harapan untuk ke sana,namun Al-Aqsa..


Abahku bercerita yang dia pernah menjadi tetamu Allah di Al-Aqsa pada zaman remajanya.Aduh,,sungguh aku teruja dan cemburu dengannya.Waktu itu Al-Quds masih lagi di bawah pemerintahan Palestin sebelum rampasan dari Israel pada tahun 1967(kalau x silap la..).Pernah solat di sana dan melawat Al-Aqsa.Sungguh abah bertuah berpeluang ke sana.Namun sekarang,Al-Quds ditawan musuh..dimanakah pembelanya..??



sesungguhnya aku rindu...

Tuesday, December 29, 2009

Kasih Ibu...

Assalamualaikum..

lama tidak menjengah ke ruangan ini..Cuti membuatkan aku tiada kesempatan untuk mencoret sesuatu..mak kata banyak buat benda berfaedah tak juga.Banyak terleka dan terlagha je..

Cuma yang aku ingat,dalam cuti hanya 2 kali sahaja sempat aku menjengah nenekku.Sudah agak tua dan sudah nyanyuk.Yang menjaganya sepanjang masa adalah mak saudaraku yang kelima.Dia berumur sudah lebih 50 tahun,namun sudah takdir hidupnya tidak berumah tangga.Jadi,dialah yang menjaga nenekku kerana adik beradik yang lain agak sibuk dengan keluarga masing-masing.Namun,adik beradik yang lain selalu datang menjenguk dan membantu menjaga nenek.Aku sangat terharu dengan pengorbanannya menjaga nenekku.Segala makan minum,pakaian,kencing berak ibunya itu diuruskan sepanjang masa olehnya seorang diri.Allahuakbar..

Menjaga seorang ibu yang telah nyanyuk bukanlah mudah..Perangainya umpama seorang bayi.Perlu dijaga segala-galanya.Kadang mengamuk dan minta dilayan apa yang ingin dicakapnya.Tapi aku melihat ibu saudaraku dan adik beradiknya yang lain cukup sabar dan prihatin dengan ibu mereka.

Sewaktu  pergi menjenguk nenekku,entah berapa kali ditanya siapa nama aku.Setiap kali ditanya,jawablah kami dengan sabarnya.Kadang-kadang bosan,tapi aku terfikir...Jika suatu hari nanti aku dalam keadaan begitu,adakah ada lagi orang mahu melayan aku?? Dia minta disikat rambutnya,maka disikatlah sehingga dia tertidur..Terbayang segala kebaikan seorang ibu menjaga dan membesarkan anak-anaknya..teringat iklan Petronas..

burung apa?
Burung murai..
Burung apa?
Burung murai nak..
Burung apa?
Burung murai sayang..

Seorang ibu dan seorang bapa mampu menjaga 10 orang anak mereka serentak.Namun 10 orang anak itu belum tentu akan menjaga kedua ibu bapanya di waktu senja mereka kelak..Malah ada yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua..Tak terfikirkah mereka akan perasaan ibu bapa mereka..Kelak bila mereka diperlakukan oleh anak-anak mereka sebegitu,baru mereka sedar..

Hanya anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mengasihi dan menjaga dengan penuh kasih sayang kedua ibu bapa mereka..aku ingin menjadi anak yang sebegitu..insyaAllah..

Aku teringat ummi dan abi kat rumah..
Ummi..Abi..Sayang kalian..

 Ya Allah,hanya Engkau mampu membalas segala jasa kedua ibu bapa kami..
Ampunilah dosa-dosa kami dan mereka..amin..


Thursday, December 3, 2009

Aksi Kucing...








                                                                              mengantuknya aku hari ini...kuat study,,hehe..




ei...geli la....




aku nak peluk kau sahabatku...




bestnye tengok cerita ini..




kenapa kau malas baca Quran..??

Tuesday, December 1, 2009

Comelnya dia..


Berjumpa dengan dia pada hari raya lalu membuatkan aku gembira di dalam hati.Setelah kali akhir melihat  wajahnya 6 bulan yang lalu,inilah pula masanya bersua lagi.Comel..memang comel wajahnya.Bertambah tambah lagi..

Senyuman selalu terpampang di wajahnya.Awal-awalnya dia kelihatan malu.Tapi lama-lama oklah.Bila terlihat wajahnya,aku rasa tenang dan nyaman.Mungkin wajah orang yang kurang dosanya kelihatan bersih dan suci.Sehari sebelum tu,bersua sepupunya.Sama comel dengan dia,tapi nakal sikit.Apapun kedua-dua mereka memang sentiasa senyum.

Hari tu tengok mereka sedang tidur.Nyenyak sekali nampak.Aku tersenyum sendiri melihat mereka..
hem..
Siapakah mereka??

Merekalah anak-anak saudaraku.Syazwin yang selalu nak naik dukung.Abangnya Ikhwan yang dah bunyi cakap sabahnya.'Nak makan itu bah..'haha..tergelak neneknya mendengar..Sepupu mereka Imran yang agak nakal tapi masih belum boleh bercakap macam Syazwin juga.Rosak satu huruf keyboard laptop aku.Hei..nakal betul anak saudaraku ni..


ini anis syazwin dan abangnya syahrul ikhwan..
'wan nak makan nasik bah..' 


Apapun ayah chik doakan kalian semua akan menjadi anak yang soleh dan solehah..Selamat berjuang anak kecil..