Tuesday, July 20, 2010

Dalam Bas pun Boleh Lah..


ROBOCON 

Selesai sudah pertandingan ROBOCON 2010 di UKM.Maka kami pun pulanglah kembali ke negeri Perlis dengan bas universiti yang lawa itu.

Duduk bersebelahan dengan sahabat saya yang dipanggil Mamat Korea itu.
(Hehe..Oleh kerana rambutnya yang macam orang Korea barangkali)

Hampir sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis itu saya bersembang pelbagai topik dengan dia.

Paling banyak sembang tentulah tentang robocon yang baru kami laui.Pelbagai pengalaman menarik,manis dan pahit dilalui..bergelak tawalah kami bila mengenang kembali.



TADABBUR

Yang saya kagum apabila dia membicarakan tentang perlunya kita kaitkan dengan Islam di atas apa sahaja yang kita buat.

Katanya,bila membuat robot yang ada tangan dan roda itu,terfikir terhadnya kerja yang boleh dilakukan oleh robot itu.Hanya dapat bergerak depan dan belakang menggunakan roda dan beberapa fungsi sahaja.

Malah segala gerak kerjanya bergantung kepada bateri dan kawalan manusia.

ROBOTKAH KITA?

Akan tetapi bila difikir kembali,betapa Agungnya Allah,menciptakan manusia tanpa bateri yang perlu dicas dan ditukar.Cuma manusia diberi peluang nyawa sekali setiap orang.Tiada yang diberi peluang kedua untuk bernyawa.

Manusia juga tidak dikawal seperti mana sang robot.Manusia diberi pilihan untuk melakukan apa perkara.Namun perlu diingat,apa yang dikerjakan akan diTUAI di Akhirat nanti.

Insan juga merupakan sebaik-baik makhluq yang Allah ciptakan dengan pelbagai fungsi dan aqal kebijaksanaan.Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

"Itulah yang dapat aku tadabburkan daripada robocon",kawan Korea saya mengakhiri ayatnya.

Saya terkesima dan terdiam.Betapa saya langsung tidak kaitkan robocon yang kami sertai dengan kebesaran Allah Taala.

Saya lupa dan lalai.Kurang berzikir dan mengingati Maha Pencipta dalam menjalani kehidupan dan gerak kerja.Terima kasih sahabat Korea saya atas pesanan kamu.

Itulah kisah usrah saya di dalam bas.Usrah itu boleh saja di mana-mana.Terima kasih sahabatku.






Sunday, July 18, 2010

BerTemU MereKa


Dan malam itu...

Alhamdulillah..

Pada malam itu Allah pertemukan sahabat-sahabat usrah saya di sekolah dulu.

Malam itu kami berusrah santai,macam usrah 'wonderpets' pula.

dan naqib kami malam itu adalah Kaf Dha (Afifuddin Abdul Mu'iz),sahabat kami yang baru pulang dari Jordan.

Dua tahun tidak bersua muka,namun wataknya masih kekal sama.Ceria dan periang.Nampak lebih wara' dan sopan santun gayanya.

Banyak perkongsian pengalaman beliau di bumi Jordan sana yang boleh kami ambil iktibar.

Namun satu perkara yang paling saya ingat tentang bicaranya malam itu adalah berkenaan NIAT.

Ya..niat..betapa pentingnya keikhlasan niat di HATI dalam melakukan apa jua pun.

NIATlah yang akan menentukan natijahnya kelak..

IKHLASKAN HATIMU..

Terima kasih sahabat-sahabat usrah wonderpets..

Saturday, July 17, 2010

5 JaM terSeBut

Assalamualaikum..

Lama sudah rasanya tidak menulis di ruangan ini.
Mungkin kerana sedikit kekacauan jiwa dan keresahan hati yang bermasalah ini.

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan bersiar-siar di Mid Valley selama 5 jam.Aduh..sungguh boring tidak ketahuan.Puas dan lenguh kaki ini berjalan membuang masa.Namun apakan daya,kami dicampak saja di situ dan dibiarkan bersiar-siar.

Orang kampung sepertiku berasa janggal di tempat yang penuh dengan manusia itu.Bersimpang siur bagai burung di langit.

Saya mengambil peluang itu memerhatikan gelagat manusia di sekeliling.Pelbagai ragam dapatku lihat.

Ramai anak muda yang berjalan dengan pasangan masing-masing.Ada yang berpegangan tangan.Berpelukan pun ada.Diselangi gurau senda dan cubitan di pipi.Amboi..mesra sungguh mereka semua.

Saya merenung dan melihat perbuatan mereka.Namun jadi makin galak dan gembira mereka menzahirkan kemesaraan mereka.Bangga mungkin sebagai pasangan bahagia (konon-kononnya)

keserabutan manusia..



Hati ini jadi meluat dan benci (kepada perbuatan mereka,namun kesian kepada mereka).Sesungguhnya saya tidak mahu hati ini redha dengan perbuatan maksiat.Takut-takut saya yang melihat dan redha dengan maksiat,tak pasal-pasal dapat dosa free.

Sungguh saya serabut berada di tempat itu.Saya terfikir,kalaulah saya tinggal di ibu kota ini,mampukah saya hadapi godaan dunia ini??

Ya Allah,sungguh baru hamba-Mu ini sedar kenapa Engkau campakkan aku di bumi yang kecil itu.
Di situlah tempat yang selayaknya untuk saya.

Berjalanlah saya di markaz musuh manusia itu dengan hati yang tidak tenteram..
Tiba-tiba menerima satu mesej:"Jom ke KUIS malam ni,kita wat usrah dengan kaf dha".

Tiba-tiba saya tersenyum..rindunya saya pada mereka semua..malam ini insyaAllah ketemu daku dengan mereka...Alhamdulillah..