Sunday, May 23, 2010

Tabah memikul beban..


Dikendongnya jasad kecil itu selama 9 bulan tanpa sedikit keluhan pun.Penat dan lelah tidak terkira,namun dipendam begitu sahaja.Makan dan minum dijaga demi tumbesaran anak dalam kandungan.

Besarnya pengorbanan seorang ibu.
Mulianya wanita bergelar ibu.


Selamat ulang tahun kelahiran yang ke - 26 buat KAK NGAH ku.

Semoga hidupmu diberkati Allah,menjadi anak yang taat,isteri yang solehah dan bahagia dengan rahmat Allah.

Moga kak ngah selamat melahirkan anak sulung dalam minggu ini.Moga selamat semuanya.

Tak sabar mendapat anak saudara yang ke-4.Hehe...


Friday, May 21, 2010

Geng KANAK-KANAK (2)


Pagi Isnin itu bermulalah kesibukan.7.15 pagi lagi sudah tercegat di tengan jalan mengawal lalu lintas.Ha...tugas yang sangat mencabar.

Sesiapa yang pernah menjaga lalu lintas memang melalui perkara ini.Sukarnya berdepan dengan pelbagai kerenah manusia.

"Saya panas ni dalam kereta,kamu tak reti jaga ke"

"Bodohlah kamu semua jaga parking ni"

"Terima kasih dik,tolong handle kami"

Inilah dia antara 'penghargaan yang kami terima'.Tapi kami still tersenyum.Hehe..



Apa yang kami belajar

(1) HARGAILAH orang di sekeliling kita.Maka selepas ini,senyumlah pada semua orang,berikan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang membantu kita.

(2) Jangan MARAH orang lain tanpa sebab yang perlu dimarahi.Kawallah kemarahan seadanya.

(3) SABAR lah dalam mengawal keadaan.Belajar mengawal emosi diri sendiri.


Dan...Geng KANAK2 telah bertukar menjadi gelap wajahnya.Haha..

10 Mei

Sabarnya seorang wanita


Si suami terlantar dia atas katil,tidak mampu untuk bangun dan berjalan.Mengengsot pun tidak berupaya.Semenjak kemalangan yang menimpa dirinya,mungkin selepas 4 bulan kakinya boleh digunakan kembali untuk berjalan.
Baru tahu betapa besarnya nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah berikan.Sukarnya untuk menguruskan kehidupan seharian.

Namun di sisinya,berdiri teguh seorang wanita bergelar isteri.Si isterilah yang menyuap makan minum ke mulutnya.Yang memandi dan menyucikannnya.Menyorong kerusi roda ke sana ke mari.

Dalam masa yang sama menguruskan dua orang anak kecil mereka yang tidak tahu apa-apa lagi.Si isteri mengambil cuti sementara waktu untuk menguruskan suami menunggu untuk sembuh.

Namun tidak pernah terpacul keluhan dari bibirnya.
Subhanallah,tabah dan sabarnya wanita itu.

Kata orang: 'Di belakang pahlawan yang hebat perkasa itu,berdirinya seorang wanita (isteri)'.

Ketika pulang sebentar ke rumah minggu lepas,itulah yang saya dapat lihat.Kesian melihat Kak Long menjaga suaminya itu.Tapi itulah tugas seorang isteri.tabah dan sabar dengan dugaan yang mendatang.

Hari ini ulang tahun kelahiran Kak Longku.Selamat ulang tahun yang ke-30 KAK LONG.

Saya doakan kak long menjadi isteri yang solehah,anak yang taat,ibu yang mithali dan bahagia selalu.


Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata 

Penawar hati

Penajam fikiran

Di rumah dia isteri

Di jalanan kawan

Di waktu kita buntu

Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan

Thursday, May 20, 2010

Geng KANAK-KANAK (1)


"Bila awak nak datang?" tanya Encik Mahfuz melalui panggilan telefon.

"InsyaAllah,sabtu petang.Maaflah saya lewat sedikit"

"ok,tak mengapa.Saya dah bincang dengan Mamu,awak handle fasi,Mamu handle sukarelawan"

Aduh,tugas yang sama lagi untuk dipikul.Maka petang Sabtu ditunggangilah kuda hitam saya untuk menuju ke destinasi.2 jam setengah tidak terasa menunggangnya.

6 suku petang tiba di bumi KMPP.Bertemu terus dengan Encik Mahfuz.Dan berjumpa sahabat lama setelah hampir setahun tidak bersua.Ikhwan dan Mamu..

Malam itu bertemu lagi dengan beberapa sahabat lama,YB Kak Umi yang hebat,Pa'an fasilitator yang power dan beberapa orang lagi.

Oleh kerana sampai lewat,tidak sempat untuk berta'aruf dengan barisan fasi,cuma sempat berteka teki dan bermain permainan sahaja.Mereka telah dilatih secukupnya oleh dua orang mantan Presiden Kelab Fasilitator,Mamu dan Pa'an.

Malam itu berehat untuk persediaan kerja esok hari pula.Pagi-pagi lagi sudah dikerah tenaga anak-anak muda yang ada untuk menjalankan tugas.

Sewaktu taklimat oleh Encik Mahfuz,Mamu sentiasa melawak dengannya.Haha..
Kadangkala nampak macam kawan,bukannya pensyarah.Itulah kemesraan yang wujud sekian lama.Namun hormat itu masih utuh pada seorang pensyarah.

"Ada sesiapa mahukan abg mamu?" Tanya beliau pada pelajarnya.

Seorang menjawab,"Na'uzubillah..".(tegas Ustazah Zulaikha)

Haha..kesian sungguh..pelbagai gurauan yang timbul..namun yang penting kerjasama dalam mewujudkan teamwork dalam gerak kerja.

Alhamdulillah,setakat ini segalanya berjalan lancar..

9 Mei..


Tuesday, May 18, 2010

PENGHARGAAN MPPB 2010/2011 KMPP

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,segala puji dan puja bagi Allah Rabbul'alamin.
 Alhamdulillah,selesai sudah Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMPP sesi 2010/2011 dengan majlis penutup pada Jumaat malam yang lepas.

Jutaan terima kasih kepada jawatankuasa induk dan pengurusan tertinggi KMPP yang memberikan kepercayaan penuh kepada kami barisan fasilitator dan sukarelawan dalam menjayakan MPPB kali ini.Kami telah berusaha sedaya upaya kami dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh fasilitator dan sukarelawan yang bertungkus lumus bekerja keras sepanjang MPPB ini,Segala jasa kalian semoga diberkati Allah hendaknya.Akan terpahat di jiwa ini kenangan bersama kalian semua yang sentiasa komited dan ceria selalu.

Kepada adik-adik baru KMPP,kami iringkan doa buat kalian.Selamat berjuang di bumi matrikulasi.

Saya memohon kemaafan kepada seluruh pensyarah,pihak pengurusan KMPP,para fasilitator dan sukarelawan serta semua pihak yang terlibat sepanjang MPPB kali ini di atas segala salah silap dan keterlanjuran saya.

Siiru 'ala barkatillah.


Ketua Fasilitator
Minggu Pengurusan Pelajar Baru
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sesi 2010/2011

Monday, May 3, 2010

Saya Mahu Membaca


Bacalah..

Bangsa membaca bangsa berjaya.Satu ungkapan yang tepat.Membaca asas untuk mendapatkan ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan pada Rasulullah S.A.W juga adalah lafaz IQRA' .Tidak mungkin Allah turunkan ayat ini sebagai wahyu pertama tanpa ada hikmahnya.

Umat Islam perlu melihat betapa pentingnya membaca.Namun jika dilihat pada realiti,di tahap manakah pembacaan umat Islam Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

Baca dengan nama Tuhanmu

Bacalah apa sahaja yang engkau temui untuk dibaca.Tidak kira apa jenis bacaan,komik.politik,akademik,lawak jenaka,agama,sosial,artis,gosip dan apa sahaja.Baca sahaja,asalkan membaca.

Betulkah begitu?

Kata seorang ustaz,"Saya tidak berminat untuk mengulas tulisan orang lain.Penulisan itu ada nilainya sendiri.Jika rasa tulisan itu sampah,maka bakul sampahkanlah ia.Jika ia bermakna umpama permata,ambillah ia."

Bacalah dengan nama Allah.Itu asas dalam pembacaan.Semua perkara yang dibaca tidak perlu semuanya diambil sebagai ilmu,tapi ia adalah maklumat.Semua maklumat inilah ditapis untuk dijadikan ilmu didada dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan.

Kata cerdik pandai, apa yang kita baca hari ini akan menentukan siapa kita 5 tahun lagi.

Jadi,biarlah bacaan kita itu mendekatkan diri kita pada Allah dan memberikan manfaat.

Bahan bacaan apa?

Prioriti pertama dalam bacaan adalah

       1- Al Quran
       2- Hadith Rasulullah
       3- Ilmu asas syariah
       4- Buku pengkhususan ilmu
       5- Buku yang ada 'ibrah
       6- dan lain-lain

Persoalannya,sudahkah kita membaca hari ini?

Al-Quran sudah dibaca?

Jom sama-sama kita membaca dan mentadabbur Al Quran.Surat cinta dari Allah.. 

 







Sunday, May 2, 2010

CEPAT MASA BERLALU

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu itu kewajipan kepada orang Islam.Tapi sampai bila?

habis sekolah rendah? Menengah? Universiti?

Kata hukama',menuntut ilmu itu dari buaian hinggalah ke liang lahad.
Tidak ada batas waktu dalam menuntut ilmu.Apatah lagi dalam menuntut ilmu fardhu 'ain.
Yang penting adalah ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Sem 4

Cepat sungguh masa berlalu.Rupa-rupanya sudah tamat semester keempat.Musim peperiksaan membuatkan diri ini tidak menjengah ke ruangan blog.

Sedar tidak sedar,sudah 2 tahun diri ini tercampak ke bumi utara ini.Namun terfikir sejenak,setelah 4 sem,apa sebenarnya yang dipelajari.Hehe..

Paling Sukar

Sem ini merupakan sem paling sukar bagi saya dalam pencapaian akademik.Sukar sungguh..atau diri ini yang tidak bersungguh?

Keliru...dua-dua betul barangkali.

Dek kerana kelalaian diri saya sendiri,maka bersedialah untuk repeat paper.Adoi..terimalah akibatnya,,

Azam baru?

Maka terasalah hendak membuat azam baru.Sem depan akan betul-betul usaha.Haha..tergelak sendiri bila memikirkannya.

Kata orang tua,ukur baju di badan sendiri.Rupanya memang benar.

Terasa takut hendak berazam,bimbang akan gagal lagi sepertimana sebelum ini.


Kerana apa? Kerana berazam perkara yang tidak mampu dengan kemampuan diri.Tidak menilai diri sendiri,maka gagal dalam menunaikan azam.Setelah itu tidak berani lagi untuk gagal.

Betul ke?

Fikir-fikirkan...

Berazam dan berusahalah menjaga solat berjemaah 5 waktu,azam yang paling asas...

Jom cuba tunaikannya..